Quantcast
Channel: THE DUKE'S BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

AHMAD YAHAYA NI SUNNI ATAU SYIAH..?!

$
0
0
Hilup..hilup..hilup Amad Yaya... Mahfud..mahfud.. mahfud mahfud..!
Astaghfirullahil'azeem... Bila orang buat pahala, anjurkan sesuatu yang jelas tidak bertentangan syarak, majlis ilmu, majlis mengimarahkan Islam di bumi Kedah, macam-macam yang Ustaz PAS ni kata...

Dia tuduh "berlakon" la...nak raih sokongan politik la...alat solek la...khianati Islam la...takdak roh salawat la...lari dari tujuan asal la... macam-macam Ustaz tu tuduh... macam tu ke "Ustaz"? Kalau tak buruk sangka tak boleh ke?

Sedang Kerajaan BN Kedah anjurkan Mahabbatur Rasul, Kedah Berselawat malam ni, Ustaz PAS ni dok sakan mengutuk dan mengumpat program yang memupuk kecintaan pada Rasulullah SAW. Apa Ahmad Yahaya ni Syiah ke apa? Bencikan Rasulullah ke? 

Buat program semai cintakan Rasulullah SAW pun nak kutuk kaaaa..???


Tapi kalau program "himpun katak hijau lompat ke Putrajaya" yang PAS buat masa jajah Kedah dulu "elok" pulak di pandangan mata Ahmad Yahaya? Doa pecah perut dan solat hajat burukkan umat Islam pun "baik" pulak di mata Ustaz PAS ni? Ustaz ni agama apa ni? Yahudi ke Majusi?

Saya nak tanya Ahmad Yahaya, dia tahu ke niat sebenar dalam hati Mukhriz? Dia boleh tahu ke? Kalau dia boleh tahu, maka dia ni sehebat Allah SWT? Mana dia belajar ilmu tu? Dalam kitab Syiah ke apa?

Entah la... pelik saya tengok. Anjur program apa pun salah di pandangan mata puak PAS ni. Kerajaan BN Kedah tak boleh anjur program ke? Anjur program hiburan salah, anjur program yang Islamik macam tu pun dikutuk??? Astaghfirullahil'azeemmm.. 

Tolong la matang la sikit Ahmad Yahaya weiii..!!! Sapa ajar hang ni Mad Yahaya? Mahfuz ka? Cuba tanya Mahfuz dia tahu eja "makan tengahari" dalam bahasa Inggeris tak? Heh! Orang macam tu yang PAS Kedah nak ikut? Padam la PAS Kedah lepas ni....hancussss..!!!
MUKHRIZ POLITIKKAN TUJUAN ASAL KEDAH BERSELAWAT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Kedah Berselawat sebagai pendekatan pragmatik Kerajaan BN Negeri Kedah yang semata-mata bertujuan politik.

Setiausahanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, segala pendekatan ala sesumpah ini bersifat sementara sahaja yang bertujuan meraih sokongan politik semasa dan bukan bertujuan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dunia dan akhirat.

“Islam tidak lebih hanya menjadi alat solek untuk menghias wajah pragmatik yang menjadi pendekatan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Hakikatnya pentadbiran beliau tidak akan mampu terpisah dari dasar sekular yang menjadi anutan Umno-BN.

“Sejak awal lantikannya memimpin Kedah lagi, beliau menunjukkan kemesraan menerusi penampil berjubah dan mendekati agamawan. Tetapi pendekatan itu lebih kepada individu sahaja, sebaliknya kepada kepentingan Islam beliau khianati.

“Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan,” terang beliau. 

Ujarnya, jelas terbukti Mukhriz tidak mampu menyelindungi kepura-puraannya apabila mengabaikan semua aset dan kepentingan berkaitan Islam tersebut. 

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

“Terbaru, apabila dilihatnya majlis mahabbaturrasul menjadi fenomena massa, beliau menganjurkan pula Kedah Berselawat. Tetapi di mana roh selawat dalam pentadbiran Mukhriz?

“Islam yang dibawa Rasulullah bukan diagungkan sekadar qauli yakni dengan sebutan dan puji-pujian atau ingatan. Ia bersama juga tuntutan qalbi dan fi'li dengan menyemai kefahaman dan ketundukan patuh pada seluruh perintah dan meninggalkan larangan Allah serta beramal dalam segenap aspek kehidupan serta sistem.

“Malangnya, Islam hanya digunakan Mukhriz untuk kepentingannya dan beliau dilihat keseorangan kerana Umno-BN tidak mungkin seiring bersama beliau dalam hal itu. Selain itu terbukti program tersebut dijadikan agenda politik pragmatiknya kerana diubah dari tujuan asal iaitu Majlis Selawat Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Kedah,” katanya.

Menurutnya lagi, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga kesal kerana wujud arahan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan di dalam negeri ini untuk meramaikan majlis berkenaan termasuk memperalatkan nama institusi tertentu antaranya Darul Hadis bagi tujuan tersebut.

Ujar beliau, sewajarnya, jika Mukhriz merasakan rakyat benar-benar telah disemai penghayatan kepada Rasulullah, beliau tidak perlu menyusun tindakan bersifat kerahan dan manipulasi seperti itu itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105