Alamak aiii... ngeri jugak bila dapat tahu Anwar Berahim beri tazkirah dalam sebuah surau di Kajang baru-baru ni. Apa tazkirah yang disampaikan Anwar agaknya? Tazkirah politik ke tazkirah agama?
Wajib beri undi pada saya? Haram beri undi pada calon lawan saya? "Balun belakang" tu hukumnya "harus"? Saya dihalalkan berbohong dan tabur fitnah? Sayalah "pemimpin anugerah Tuhan"? Pluralisme pegangan saya?
Saya nak tanya, siapa beri tauliah pada Anwar untuk beri tazkirah di Selangor? "Sultan Melaka", ke? Ayah Pin? "Ayatollah" Mat Sabu? "Tuhan" Harun? Siapa?
Setahu saya...
JAIS pernah beri amaran pada Anwar Berahim masa dia sampaikan tazkirah di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 sebelum ni.. JAIS kata, mereka akan tangkap tak kira siapa, walau Anwar sekalipun kalau sampaikan tazkirah di masjid atau surau tanpa tauliah...
Dr Asri, bekas Mufti Perlis pun pernah ditahan JAIS sebab beri tazkirah tanpa tauliah di Selangor. Dr Asri tu bekas Mufti bebbb..! Anwar bekas Mufti ke? Bekas Mufti pun kena tahan, apatah lagi Anwar Berahim bekas banduan yang terbukti bersalah! Bintang filem "tak senonoh" pulak tuuuu..!
Bob Lokman pun pernah kena tahan JAIS atas kesalahan yang sama. Jadi, apa keistimewaan Anwar untuk dilepaskan JAIS? Anwar ingat JAIS tak berani tangkap dia? Heh! Silap besar laaa...
JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini sudah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di dalam Selangor tanpa tauliah atau beliau akan ditahan.MAIS dan JAIS menyekat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah.Anwar kini sedang dalam rangka program turun padang dan menemui penduduk Kajang kerana beliau sudah diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan.MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di masjid atau surau di Selangor pada hari pertama kempen.Bagaimanapun keligatan Anwar untuk menemui penduduk Kajang dalam suasana masjid atau surau tidak boleh dihalang kerana beliau sedar itu merupakan antara satu lokasi yang hati pengundi terutamanya warga Melayu dan beragama Islam.Anwar pasti mahu memberi gambaran beliau sebagai seorang tokoh versatile yang mampu memberikan ucapan, ceramah serta tazkirah tidak kira atas apa isu dalam apa bidang sekalipun termasuk bidang agama.Semalam, Anwar dalam laman Facebooknya memuatnaik gambar beliau sedang memberikan tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.Mynewshub.my menghubungi bahagian Penguatkuasaan Jais berkenaan gambar berkenaan dan jurucakap Jais berjanji akan melakukan siasatan melalui laman Facebook dan blog Anwar berkenaan butiran program beliau yang mempunyai program ceramah.Surau berkenaan terletak di bawah seliaan Jais tetapi ia diuruskan oleh bahagian daerah Hulu Langat.Menurut jurucakap Jais, jika terdapat ada pelanggaran peraturan atau Anwar memberikan tazkirah di masjid atau surau tanpa tauliah, pihak Jais akan mengambil tindakan.Malam ini, Anwar bakal menghadiri Kuliah Datuk Ustaz Siddiq Fadzil di Kolej Universiti Dar Al Hikmah di SungaiRamal Dalam di Kajang namun tidak diberitahu bahawa ada program tazkirah atau tidak.Bagaimanapun, dengan masa program berlangsung dari pukul 9 hingga 12 tengah malam, sudah pasti Anwar akan diberi peluang untuk bercakap kepada para pengunjung.Kini, terpulang pada pihak Jais untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas Anwar jika bakal calon PRK Dun Kajang itu melanggar peraturan melibatkan tauliah. –Mynewshub.my