Quantcast
Channel: THE DUKE'S BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

ORANG CINA "TIKAM" ORANG CINA, KERANA SI PENIPU BESAR...

$
0
0
Tak lama lagi akan diadakan penamaan calon bagi PRK DUN Kajang. Lepas tu maka kempen PRK tu bermula. Anwar dah lama kayuh kempen.. biasa la.. Anwar memang "outlaws".. dia pakai undang-undang dia sendiri...

BN dah umum calon. Calon tu namanya Chew Mei Fun. Jelas dia seorang Cina. Lawannya bukan calang-calang, Anwar Berahim tu dikatakan antara pemimpin popular dunia (tapi ranking selalu dok di bawah Tun M laaa). 

Ertinya, calon Cina vs calon Melayu. Calon dari MCA vs PKR. Calon BN vs Pakatan Haram (belum daftar, daftar tak lepas). Pengundi Kajang tu hampir 50% orang Cina...maksudnya, DUN Kajang tu majoritinya pengundi Cina laaa..
 
Pada saya, walaupun yang bertanding di DUN Kajang kali ni ialah seorang Cina, tidak bermaksud dia akan menang dan dipilih hampir 50% pengundi Cina kat situ...



Pada saya, PRK DUN Kajang kali ni adalah satu permulaan "kehidupan baru MCA". "Rebirth. Maksudnya, PRK kali ni akan jadi garis panduan awal pada MCA sama ada "nirwana MCA" kali ni kembali diterima masyarakat Cina atau tidak.

MCA boleh tengok sejauh mana kepercayaan dan sokongan orang Cina pada depa. Kalau pengundi Cina beri undi, maka rasanya MCA boleh lega sikit. Satu permulaan yang baik. Tapi kalau pengundi Cina tak beri undi pada Mei Fun.. maka berat la kerja MCA lepas ni...

Tidak dinafikan, Mei Fun memang "underdog" di Kajang. BN memang "underdog" di Kajang. Kalau kalah tak malu sangat la. Tapi kalau menang, memang Anwar layak lari masuk Kedutaan Turki sekali lagi.. tu pun kalau dia masih tau rasa malu laaaa...

Setuju dengan Tun M, peluang BN dalam PRK ni 50-50. Kalau nak menang, BN khususnya MCA perlu rancang strategi yang lebih baik dari Pakatan Haram atau DAP. Kena selangkah lebih jauh dari depa...

Hebat dari sudut propaganda saja tak memadai bagi BN. Percaturan war room, maklumat grassroot yang accurate (bukan report "syok sendiri" yang "sedap didengar") dan database pengundi sangat penting.. DAP memang hebat dalam susun strategi macam tu.. dah terbukti di Puchong dan lain-lain kawasan yang DAP menang besar sebelum ni...

Apa pun, saya lihat Mei Fun mampu buat kejutan besar kalau kena dengan caranya. Caranya? Mana boleh beritahu kat sini... gila ke? Saya ni bukan tahu sangat pun. Lebih relevan kalau tanya pemikir-pemikir hebat BN... Tapi memang Mei Fun ada peluang 1 nisbah 2.

Anwar? Anwar ni bekas orang UMNO. Dia anak didik Tun M. Mungkin dalam hatinya, ada jiwa UMNO, tapi ego punya pasal, takkan dia nak ngaku, kan? Tidak mustahil orang Cina di Kajang memang suka bekas "orang kuat UMNO" jadi wakil rakyat depa...

Tak payah cakap pasal korup. Sebab Anwar memang terkenal dengan identiti korupnya. Sejak dari UMNO lagi, dah dibuang dari UMNO, dia lari ke US pun dia masih terkenal dengan identiti korup. Kalau tidak takkan la US Government banyak enquiry pasal akaun FOF tu, kan?

Lagipun, saya yakin orang Cina tahu Anwar tu penipu besar. Tak payah pergi jauh, kita rujuk saja pada tarikh 16 September. Orang Cina mati-mati percaya Anwar akan jadi PM pada 16 September. Tapi jelas, Anwar tipu depa lagi... hidup-hidup pulak orang Cina kena tipu...

Saya tak paksa Anwar disokong. Saya tak kata Anwar dijamin menang. Tapi masing-masing ada peluang. Pokok pangkalnya ialah pengundi. Kita serah saja pada pengundi... kita tengok sama ada depa nak percaya pada bangsa sendiri atau pada "sesumpah" yang pernah merosakkan UMNO...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

Trending Articles