Quantcast
Channel: THE DUKE'S BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

TUGAS GURU HANYA MENDIDIK, BUKAN KEY IN DATA..? SETUJU?

$
0
0
Ewah..ewah! Sebelum ni NUTP bersikap positif dan mahu KPM kaji balik sistem PBS. NUTP nak sistem tu dibaik pulih... tapi semalam NUTP dah keluarkan satu statement yang saya agak sangat tidak matang dan poyo...

"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," -Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

Ye ke? Macam tu ke? Oooo.. kalau macam tu, apa kata KPM ikut kehendak Yim Pheng ni... kerja guru mendidik saja lepas ni... tak payah key ini data lagi lepas ni...

Lagi baik kalau...


Cikgu tak payah jaga disiplin, tak payah train sukan, tak payah buat hari guru, tak payah buat apa pun selain mengajar...periksa buku murid pun tak payah! Kalau boleh, buat lesson plan tak payah... Kiranya kerja cikgu ni MENGAJAR SAHAJA.. bunyi loceng terus boleh balik rumah...
  • KPM perlu lantik 5-6 orang polis jadi PEGAWAI DISIPLIN di semua sekolah. 
  • Kalau nak train sukan, letakkan satu team PEGAWAI BELIA & SUKAN di semua sekolah.
  • Kalau nak buat Hari Guru atau apa-apa event, KPM perlu upah syarikat Event Management buat event-event semua tu kat sekolah... kos ditanggung KPM...
  • Kalau nak periksa buku murid, KPM perlu lantik PEGAWAI-PEGAWAI dari Lembaga Peperiksaan Negara jadi pemeriksa.. satu sekolah letak la dalam 20 - 30 orang tolong periksa buku murid...
  • Boleh macam tu? Mengada-ngada betul la NUTP ni... kalau bonus nak banyak pulakkk...heh!
Saya takde la marah sangat kat NUTP. Tapi statement kali ni nampak tak pakai akal. Kalau cikgu kata tugasnya hanya mengajar, bagaimana dengan polis, tentera dan kakitangan awam yang lain? Adil ke? Habis tu polis kerjanya hanya jaga keamanan negara, bukan ambil report, key in report? Jangan tak tahu polis pun ada yang kerjanya pomen kenderaan PDRM..! 

Saya berpandangan, kalau guru-guru takde masalah nak key in data. Sebenarnya yang jadi masalah utama ialah website database tu yang selalu hanged dan congested. Lepas tu prasarana macam internet, kelengkapan dan peralatan terhad sangat.. Wifi pun lemah gila...

Cuba la atasi masalah tu semua. Cikgu pun jangan la lari dari tanggungjawab dan tugas yang diberikan. Memang la tugas utama guru adalah mendidik. Tak payah cerita la tu semua orang tahu.. tapi kena la jugak buat tugasan lain...

Kalau lorat sangat nak key in data, saya cadangkan supaya KPM lantik 2 orang kerani tukang key in data eviden bagi setiap tingkatan di semua sekolah. Guru tak payah key in eviden. Kasi gaji minimum tahap SPM pada kerani-kerani tu.. wujud jugak la peluang pekerjaan..kan? Amacam? heh!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105