Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

PAS KATA UMNO KEDAH BERGOLAK? KAH! KAH! KAH! @MukhrizMahathir @MukhrizMahathirOfficial

Tengkiu kepada Penerangan PAS Kedah yang menulis panjang lebar tentang kononnya "UMNO Kedah kembali bergolak", klik di sini. Membaca tulisan itu jelas memang ia berniat menyerang UMNO dan DS Mukhriz Mahathir meskipun tanpa bukti yang kukuh...

Saya tidaklah tahu semua apa yang berlaku dalam UMNO Kedah. Dah lama sangat saya tak menjejakkan kaki ke Bangunan Tunku tu. Tapi sebagai orang UMNO, saya ada la ambil tahu sikit-sikit perkembangan semasa politik dalaman UMNO...

Tapi yang peliknya, orang PAS ni nampak macam "lebih tahu" dari kita... tu yang pelik tu! Ada pasang "informer" ke kat dalam UMNO Kedah tu? Dan persoalan utamanya, betul ke apa yang ditulis? Atau sekadar "ilusi optik" dari kaca mata dan persepsi dari pihak musuh?


Saya tak nafikan UMNO Kedah memang ada masalah sedikit. Tapi takde la sampai bergolak. Masalah tu sedang cuba diatasi "cara keluarga". Takde la sampai "kidnap", nak guling MB, tumbuk pegawai MBI, komplot sana sini dan lobi sakan sampai ke KL tuuu...heh!

Setahu saya, kalau UMNO Kedah ada masalah sekalipun, ia akan cuba diselesaikan secara tolak ansur, semangat persaudaraan dan "adik beradik". Sedangkan lidah lagi tergigit, kan? Tapi takde la sampai Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden kena turun Kedah nak settlekan problem tu...heh!

Tak payah la nak cakap sama ada Mukhriz dapat laluan sukar atau laluan mudah. Dalam politik dan mentadbir sesebuah negeri atau negara, mana ada perkara yang senang... dah tentu la ada masalah dan rintangan yang datang. Sama ada masalah lama atau baru, masalah tu tetap ada...

Jadi, PAS Kedah tak perlu risau. Mukhriz dan kepimpinan UMNO Kedah memang dah lama terbukti mampu selesaikan masalah dengan baik. Pengalaman mengajar untuk menjadi matang. Takde la macam "parti tu" yang dah kalah pun masih tak selesai-selesai masalah dalaman depa..heh!

PAS Kedah tak perlu la nak lagakan antara Kerajaan Negeri, UMNO Kedah dan KCS. Masing-masing ada bidang kuasa masing-masing. Masa PAS mentadbir Kedah pun ada jugak KCS yang "culture shock" dan menyampah kat PAS... biasa la tu... 

Masa BN memerintah ni, normal la kalau ada salah faham atau bertengkar. Tapi semua tu pasal kerja dan diselesaikan dengan baik serta profesional. Takde la sampai buat "demo depan Wisma" marahkan KCS-KCS yang pertahankan keputusan arwah Ustaz Azizan dulu...pertahankan MB pun kena marah?

Lagi satu, tak payah la nak buat "rumors" kononnya Mukhriz takdak masa depan di Federal. Tak semestinya begitu. Tu semua takdir Allah SWT. Dia yang beri kuasa dan naikkan pihak itu dan Dia jugalah yang turunkan pihak itu... Tak payah la nak jadi "tukang tilik nasib"...

Seperkara lagi, tak payah la nak kaitkan karier Mukhriz dengan ayahnya, Tun M. Mungkin Mukhriz akan jadi lebih hebat dari Tun M dan mungkin masa depan Mukhriz kurang hebat berbanding ayahnya nanti.  Masing-masing ada cara yang tersendiri... atau PAS Kedah risau pada aura Mukhriz?

Kalau betul pun nak buat persepsi atau jatuhkan kreadibiliti Mukhriz, tak perlu la serang peribadi. Sejak dari awal lagi, PAS Kedah seolah-olah "tenggelam punca" asyik dok serang peribadi. Kalau "gentleman", serang la dasar ke..polisi ke... baru la matang dan "tidak dibakul sampah"kan...

Anyway, terima kasih la sebab terlalu prihatin terhadap UMNO Kedah, Mukhriz dan pertadbiran Kerajaan BN Negeri Kedah.. pada saya, saya ambil secara positif teguran dari PAS Kedah ni...mungkin masalah dalaman PAS Kedah "dah selesai" kottt...tu yang "tolong jaga tepi kain orang tu"....heh!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

Trending Articles