Semalam Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah berpura-pura "bodoh" mendakwa kononnya dia "gentar" pada cyber troopers UMNO... Kononnnn...
Kit Siang mendakwa kononnya cyber troopers UMNO dikendalikan oleh "sekumpulan panglima" yang masih muda yang bijak IT dan mampu menahan tohmahan yang dilakukan terhadap pihak Kerajaan BN/UMNO...
Katanya lagi...
Cyber troopers UMNO ni terbabit membekalkan maklumat serta menyediakan taktik menyerang dan bertahan dalam perang siber UMNO yang baru...kononnya apa yang dilakukan cyber troopers UMNO tu dilakukan tanpa etika dan memalukan dunia kewartawanan...
“Wartawan yang masih mempunyai harga diri tidak mungkin berasa bangga melihat perkara yang dilakukan atas nama kewartawanan tersebut,” - Kit Siang.
Kit Siang seterusnya mengecam sebuah akhbar (Utusan la tuuuu..) yang dikatakan cuba membangkitkan tentang isu Red Bean Army baru-baru ni semata-mata untuk merelevankan kewujudan cyber troopers UMNO...
Saya nak tanya...betul ke apa yang Kit Siang kata tu? Betul ke dia takut dengan cyber troopers UMNO? Betul ke cyber troopers UMNO ni wujud macam Red Bean Army tu? Betul ke cyber troopers UMNO ni takde etika?
Berikut adalah jawapan dari sudut pandangan saya...
1. Apa yang Kit Siang kata tu semuanya "reverse phsychology".. dia tak takut, tapi pura-pura takut... Sebab kita semua maklum bahawa Red Bean Army memang bukan calang-calang "askar upahan". Psy "gangnam style, Michelle Yeoh, Rosmah Mansor pernah jadi mangsa depa... kertas siasatan SKMM pun dah dibuka dan sedang disiasat...2. Sejak bila UMNO ada cyber troopers? Kalau ada pun hanyalah cyber troopers "pro-UMNO/BN". Sejarah membuktikan kewujudan kami dalam blogosphere politik ni secara sukarela, berjuang demi kebenaran dan menolak kepalsuan. Malah ada di kalangan kami yang bukan ahli UMNO punnnn...Kami tak diupah UMNO. Malah UMNO sendiri pun tak kenal kami kecuali segelintir yang menggunakan identiti sebenar. Contoh: Dr. Novandri. Rata-rata kami punya kerjaya masing-masing... macam orang lain jugak la...3. Takde etika? Tidak dinafikan ada segelintir dari kami yang kurang beretika. Sebabnya ialah mereka itu bukan wartawan dan bukan berasal dari dunia kewartawanan. Ada doktor, ada cikgu, ada mekanik, ada peniaga pasar malam dan macam-macam lagi.Tapi bagi yang ada background kewartawanan, depa jaga etika dan penulisan depa. Depa adil dan bermoral dari sudut penyiaran blog. Majoritinya begitu dan tidak semua kami seperti yang didakwa Kit Siang...4. Pada saya, Kit Siang kata begitu agar dia dapat tutup kewujudan Red Bean Army yang cukup ampuh strateginya. Cukup terancang dan khabarnya diberi gaji yang lumayan. Dari sudut propaganda cyber, BN sebenarnya jauh ketinggalan berbanding DAP. DAP start dah lama dahhhh... BN baru nak "kayuh" setahun dua ni saja...
Puak Pakatan Haram misalnya dah guna cyber troopers sejak zaman reformasi. Zaman mahazalim dan mahafiraun. Masa tu setahu saya hanya wujud 1 atau 2 laman web yang pro-UMNO/BN. Itu pun bukannya dibiaya UMNO/BN pun... biaya sendiri secara sukarela... salah satunya Mykmu.net...
Baru sekarang ni cyber troopers pro-UMNO/BN dah makin ramai. Tapi ramai macamana pun, kami masih jauh ketinggalan berbanding Red Bean Army. Depa ada ramai hackers, tapi tak ramai hackers yang menyebelahi atau pro-UMNO/BN...
Kalau nak diikutkan hati, memang dah lama saya nak tutup blog mengenangkan kegagalan saya mempengaruhi pengundi muda. Tapi kawan-kawan yang bagi semangat tak bagi saya tutup blog ni. Sebab tu kadang-kadang saya "malas" nak update blog... busy kerja dan agak kecewa mungkin...
Kawan-kawan kata blog saya ni kononnya ada "kesan"...tak tau la kesan kat mana sebab PRU 13 hari tu undi saluran muda semuanya "bungkus" dan memihak Pakatan Haram..! Saya masih gagal. Sebab tu saya kata cyber troopers pro-UMNO/BN masih tak setanding Red Bean Army...
Sebenarnya, sampai sekarang saya masih tunggu jawapan SKMM. Bila agaknya nak selesai siasatan tu? Dah berapa ramai yang ditangkap? Kenapa tak mintak bantuan dari budak Ex-DAP kat bawah ni?