Saya mohon semua rakyat Malaysia banyakkan bersabar dalam perkembangan terkini insiden pesawat MH370 di bawah...
Setelah 2 hari berusaha mencari pesawat MAS B777-200 tu, kita puas dimomokkan dengan pelbagai spekulasi liar, tidak berasas malah ada pula yang bertindak mempolitikkan isu tanpa rasa bersalah...
Di bawah adalah petunjuk terkini. Namun ia masih lagi bukan laporan rasmi dari pihak berkuasa negara kita. Saya sendiri tak pasti kesahihannya.. ada kawan yang kata "betul".. adan ada pulak yang kata "bukan serpihan pesawat"..baik tunggu confirmation pihak berkuasa...
Astaghfirullahil'azim... sila rujuk di bawah... Wallahu'alam...
Astaghfirullahil'azim... sila rujuk di bawah... Wallahu'alam...
Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang tadi (Ahad).Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas).Ia dikatakan ditemui tidak jauh dari laluan asal MH307 menuju ke Beijing.Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap ketika serpihan berkenaan ditemui.Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu ialah akhbar rasmi Vietnam, Tienphong melaporkan sebentar tadi bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk memasuki perairan negara berkenaan bagi mengkaji penemuan beberapa objek-objek berkenaan.Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah diberikan atau tidak.Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan berkenaan malam ini juga dan tindakan itu boleh ditafsir sebagai satu lagi kemungkinan MH370 telah terhempas di kawasan laut.Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. -Mynewshub.my