Dah lebih 48 jam pesawat MH370 hilang dan tiada khabar sahih yang kita terima. Khabar angin tu banyak la... kejap-kejap kita akan terima wassup, sms dan bbm broadcast pasal MH370... tapi semua tu spekulasi saja...
Kat TV pulak penuh dengan cerita MH370. Rasanya kalau kita mengadap TV 24 jam selama tempoh MH370 hilang ni, rasanya kita boleh jadi "pilot tidak bertauliah".. Ye laaa... TV asyik dok tunjuk interview dengan pakar pilot, cerita pasal komponen kapal terbang.. laporan pasal MH370 tu sikit jer..
Paling tak boleh belah ialah wujudnya segelintir pihak yang "buta hati" politikkan isu ni, buat fake akaun dan create hoax, maki hamun dan tiada sensitiviti kemanusiaan yang tinggi...
Bukan senang nak cari pesawat terhempas ni. Air France dulu pun ambil masa sampai 5-6 hari nak jumpa... memang susah... kalau korang terer sangat pergi la cari tengok... mana tau kot-kot korang handal sangat...heh!
Pada saya, saya berdoa setiap hari untuk penumpang dan krew MH370... setakat tulis kat blog, cakap sana sini, komen sana sini...tak selesai masalah bro... paling menarik, ramai pemimpin UMNO/BN yang buat solat hajat secara diam-diam sejak insiden ni berlaku...itu yang terbaik buat masa sekarang.
Kita sama-sama la doakan depa... tak payah la nak komen lebih-lebih kot... tak payah cari glamour dengan tragedi ni... orang tengah sedih, diorang boleh kejar glamour pulakkk.. doakan saja laaa...