Betul semalam Anwar ada failkan rayuan di Mahkamah Persekutuan dan membayar ikat jamin sebanyak RM10,000 pada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan. Sekurang-kurangnya Anwar "bebas untuk seketika" untuk ke Kajang untuk penamaan calon PRK hari ni...
Dari sudut undang-undang, Anwar memang berhak untuk merayu pada Mahkamah Persekutuan. Harap kita jangan marah sebab itu memang hak dia untuk merayu dan terpulang la pada Hakim Mahkamah Persekutuan untuk terima rayuan tu atau tidak...
Persoalannya, apa agaknya yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan nanti? Anwar dibebaskan semula? Hukuman diringankan? Hukuman ditambah kepada yang lebih berat? Atau apa?
Saya yakin, kini tekanan lebih berat bakal diterima Hakim-Hakim di Mahkamah Persekutuan. Kalau depa putuskan Anwar bersalah dan hukuman dikekalkan, maka depa berkemungkinan besar akan didoakan supaya dilaknat Allah oleh para pengikut Anwar yang taksub...
Mungkin Hakim-Hakim tu akan dituduh zalim, kejam dan "telah dibeli" oleh UMNO/BN. Lihatlah saja bagaimana nasib ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan di bawah...
Saya kira, pihak pendakwaraya perlu sedar juga tentang ini dan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap tekanan yang bakal dihadapi oleh tuan-tuan Hakim itu nanti... Mampukah tuan-tuan Hakim menahan tekanan tersebut?
Bagaimana nak berlaku adil bila diri kita tertekan? Kalau tidak berlaku adil, nanti Hakim-Hakim kita sudah tentu akan berdosa besar. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda mengatakan hakim yang tidak adil adalah penghuni neraka yang paling bawah?
Saya tak tahu siapa yang akan menghakimi kes Anwar di Mahkamah Persekutuan nanti. Mungkin Hakim beragama Islam dan mungkin tidak. Namun suka saya ingatkan mereka tentang konsep keadilan di negara kita dan keadilan di dalam Islam. Dua perkara yang perlu diberi keutamaan...
Saya enggan menambah tekanan pada Hakim-Hakim itu nanti. Biarlah mereka memutuskan hukuman dalam keadaan bebas. Saya yakin mereka bijak dalam bidang ini...kan?
Cuma saya tertanya-tanya, kalaulah Saiful Bukhari itu anak tuan-tuan Hakim tu, apa agaknya hukumannya? Kalaulah yang diliwat itu tuan-tuan Hakim itu sendiri, apa agaknya keputusan mereka? Kalau yang air mani Anwar tertinggal dalam dubur ahli keluarga mereka, apa agaknya keputusan mereka?
Mungkin sebab tu mana-mana Hakim yang punya kaitan dengan kes dalam sebarang bentuk tidak dibenarkan untuk menghakimi kes tersebut...kan?
Kalau diikutkan "profile" dan sejarah Anwar, dia memang pernah disahkan meliwat oleh Mahkamah. Maknanya, ada "judicial precedent" dalam kes terdahulu. Bila bersabit kes dan dibicarakan, maka kes berkenaan ada "prima facie"... kan?
Kes-kes terdahulu hanya ditolak disebabkan oleh beberapa perkara teknikal sahaja dan ia tidak menafikan sama sekali perbuatan terkutuk yang Anwar lakukan. Sila rujuk kes Liwat I Anwar dan Liwat II Anwar di Mahkamah Tinggi sebelum ni...
Cuma pada saya, berdasarkan apa yang saya amati dan teliti dalam semua kes tersebut, tidak wajar la sama sekali Anwar diringankan hukuman, apatah lagi dibebaskan.
Sebab? Sebab dia memang ada history dan ia berulang lagi.. dia seolah-olah tidak serik..seolah-olah menganggap dia "kebal" dari tuduhan jijik tersebut...Dia wajar dihukum sebagai pengajaran untuknya dan bakal menjadi teladan bagi peliwat-peliwat tegar yang masih "bebas" di luar sana...
Saya kira Anwar cukup beruntung kerana "terlepas" banyak kali dari hukuman. Mungkin kerana dia kaya raya, mampu upah peguam handal dan seorang yang berpengaruh. Kalau Anwar orang biasa seperti tertuduh bagi lain-lain kes, dah tentu dah lama dia ke "dalam" tak keluar-keluar...kan?
Saya ingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terus diperbodohkan berkenaan isu liwat Anwar ni. Jangan beri tekanan pada Hakim-Hakim Mahkamah. Kes ni diadili secara adil dan kita semua perlu yakin dengan badan kehakiman kita...
Tak payah la dengar dakyah bodoh Pakatan Haram kononnya Anwar dizalimi Hakim-Hakim tu. Masa Anwar dibebaskan di Mahkamah Tinggi, depa puji badan kehakiman setinggi yang boleh. Tapi bila didapati bersalah, depa hina dan kutuk Hakim-Hakim semahu-mahunya...
APA DEPA INGAT BADAN KEHAKIMAN TU DEPA PUNYA KAAAA..?