Sebelum ni MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz dilapor mengatakan bahawa BN akan kalah pada PRU ke-14 jika guna pendekatan "betul tapi tak populis". Katanya, "tak boleh menang kalau tak popular"...
Kenyataan tu memang dijadikan "bahan" oleh blogger pro-pembangkang untuk serang BN dan Najib. Malah kalau nak tahu, isu tersebut turut disokong blogger pro-UMNO/BN Kedah...malah kata mereka kenyataan Mukhriz tu merupakan "betul-betul kenyataan dari seorang yang dipanggil pemimpin"...
![]() |
contoh kenyataan blogger yang sokong kenyataan awal Mukhriz... |
Tapi lepas tu, Mukhriz jelaskan bahawa beliau tak pernah buat kenyataan macam tu. Malah menurutnya, kenyataannya sebelum ini diputar belit oleh blogger pro-pembangkang...sila lihat kenyataan Mukhriz mengenainya di bawah...
Kenyataan saya diputar belit - Mukhriz
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.
Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.
“Saya langsung tidak menyentuh mengenai populariti presiden parti sewaktu diwawancara. Blog pembangkang cuba cucuk saya sekali lagi. Kononnya, saya nyatakan kita akan kalah pada PRU14 kerana perdana menteri tak popular adalah kenyataan yang dibuat oleh blog pembangkang, bukan saya,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah, malam semalam.
Menurutnya, beliau sudah membuat penjelasan berhubung kekeliruan itu kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui telefon.
“Itu sebenarnya putar belit mereka sendiri jadi saya tak akan terjerumus dengan perangkap itu,” katanya.
Mukhriz berkata, beliau menerima dengan hati terbuka teguran daripada Tengku Adnan terhadap dirinya, selain turut menjelaskan mengenai kenyataan sebenar yang diputar belit.
“Umno adalah sebuah parti yang bersifat terbuka dan tidak tertutup kepada kritikan yang mampu membina atau mengukuhkan parti.
"Saya tak lihat kenyataan saya itu sebagai satu kritikan melulu, saya lakukannya secara berhemah kerana rasa hormat kepada pucuk pimpinan dan atas dasar sayang pada parti,” katanya.
Menurutnya, diharap kenyataan beliau itu tidak lagi disalah erti berikutan penjelasan sudah dibuat dan jelas menunjukkan ia bukan diucapkan sedemikian rupa.
Pada Ahad lalu, Mukhriz didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjurus kepada dasar kerajaan betul tetapi tidak popular menyebabkan timbul persepsi kalangan rakyat, kerajaan BN tidak lagi prihatin dengan masalah rakyat kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Beliau turut menyatakan kebimbangannya mengenai masa depan BN pada PRU akan datang jika persepsi rakyat gagal ditangani dengan bijak, berikutan banyak kawasan BN hanya menang dengan majoriti kecil.
Selain Mukhriz, bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegur pentadbiran perdana menteri dengan mengatakan Najib sewajarnya mengurangkan perbelanjaan dan bukannya memotong subsidi.
Isu terbabit turut mendapat reaksi Ibu Pejabat Umno, apabila Tengku Adnan memberi teguran kepada Mukhriz supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyatakan pandangan, dan bukannya secara terbuka.
Setiausaha Agung Umno itu berkata, Mukhriz seharusnya menggunakan pendekatan perbincangan dalaman bersama pimpinan tertinggi kerajaan terlebih dahulu, kerana tindakannya itu boleh menjejaskan nama parti.
Sebenarnya, saya sebelum ni rasa macam ada yang tak kena pada laporan awal tu. Mukhriz kata "BN akan kalah kalau BN hanya berkonsepkan "betul tapi tak popular".
Pada saya, lebih baik "betul dan popular". Tapi, kadang-kadang memang terpaksa korbankan "popular" untuk kekalkan "betul". Sebab "betul" lebih penting dari "popular"... kan?
Jangan jadi macam pembangkang tu.. depa nak popular saja, tapi betul atau tak betul depa letak kat belakang. Walaupun depa tahu tak betul, tapi nak popular punya pasal... depa sanggup fitnah, tohmah, tipu dan bohong rakyat...
Ekceli, Najib boleh pilih jadi popular kalau dia tambah semua subsidi kat Malaysia ni. Bila tambah subsidi, semua harga barang akan turun. Maksudnya, kerajaan bayar lebih separuh harga barang kat Malaysia ni...
Kalau nak jadi lebih popular, Najib boleh bagi subsidi petrol dan jadikan harganya RM0.30 saja seliter. Time tu dah tentu la Najib paling popular... tapi betul ke tindakan dia tu?
Kekuatan dan kestabilan sesebuah negara tu sebenarnya bergantung kuat kat ekonomi. Kalau ekonomi negara tu teruk, bukan setakat kerajaan tu teruk, malah rakyat la yang paling merana... Tak caya tanya Tun M...
Bila Tun M nasihat Najib suruh kurangkan kos pengurusan dan pentadbiran, Najib terus beritahu tentang polisi jimat dan kurangkan kos kerajaan.
Ramai jugak la penjawat awam yang marah bila elaun kena potong dan sebagainya. Tapi Najib tahu nasihat Tun M tu betul dan dia laksanakan jugak walaupun ada penjawat awam yang tak suka polisi tu... Itu la yang dipanggil "betul tapi kurang popular"...
Saya teringat seorang kawan saya berbangsa Cina pernah kata masa kami bincang pasal kos sara hidup yang dijangka meningkat...
"Haji... Lu ingat Najib bodo ka bila naikkan tarif elektrif dan petrol? Lu ingat dia taktau ka kalau kos sara hidup semua rakyat akan marah dia? Lu ingat Najib suka rakyat marah kat dia? Dia tau kalau kos sara hidup naik, rakyat akan marah kat dia.. dia jadi tak popular... tapi wa berani jamin Najib buat benda betul... nanti dalam 2-3 tahun, kita semua akan cakap Najib pandai.. kita akan puji dia.. nanti lu tau la apa pasal dia naikkan harga barang.. dia punya kesan nanti semua orang suka punya.."
Anda fikir macamana?
P/s: Siapa blogger pembangkang yang putar belit kenyataan Mukhriz tu?