Quantcast
Channel: THE DUKE'S BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

MELAMPAU..!!! KALAU BUDAK NI ADIK KORANG, APA KORANG NAK BUAT..?

$
0
0

Saya memang pantang kalau budak biadap ni, khususnya kat ibu dan ayah. Adik-beradik saya memang tahu kepantangan saya ni. Kalau biadap kat mak atau ayah, makan penampar la jawabnya. Mujur la adik beradik saya tak begitu...

Budak-budak zaman sekarang ni memang makin melampau teruknya. Setakat biadap tu memang dah jadi budaya depa. Saya tak kata semua.. tapi memang ada dan pada saya budak-budak ni memang memalukan rakan-rakan segenerasi depa... generasi saya tidak begitu sikapnya...

Cuba tengok kat atas tu.. text tu dirakam dari satu akaun laman Twitter seorang budak kurang ajar. Mak dia suruh dia mandi..maklumlah.. time maghrib. Tapi budak ni sebok pulak nak tengok drama bersiri "Ariana Rose"...


Saya sebenarnya tak tahu pun wujudnya drama ni. Selalunya saya tutup TV kat rumah kalau time maghrib..lepas solat, nak tengok berita pukul 8 baru bukak balik TV tu... Tapi budak ni boleh maki hamun mak dia kat Twitter pasal drama ni? Tak kurang ajar ke namanya tu?

Terus terang saya katakan, kalau budak tu adik atau anak saya, dah tentu dia "dinner" pelempang saya maghrib tu.. Bukan lempang pasal marah.. tapi nak mengajar erti sopan dan menghormati time maghrib.. maghrib tu singkat... solat la dulu... lepas tu nak tengok TV pun tengoklah...

Apa pula kata pembaca? Apa tindakan anda kalau adik atau anak anda buat perangai macam tu?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

Trending Articles


FORMAT BAHARU SPM – BINA KARANGAN BERDASARKAN PERIBAHASA YANG DIBERIKAN.


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Novel : Kahwin Ganti 2


MBKS guna WhatsApp terima aduan orang ramai


Pantun Dari Kerana Mata....


Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik


Restoran Nur, Sri Gombak


Video Lucah Persis Zul Ariffin Tersebar; Kelab Peminat Mohon Sokongan,...


Kasut Travel Paling Selesa