![]() |
"Aku nak jadi "batu api".. cikgu-cikgu tu bukan sedar pun..!", mungkin itu la yang ada dalam kepala "cikgu" Mala ni.. |
Saya pernah suarakan tentang PBS dalam blog sebelum ni. Saya dah tegur cara baik. Saya dah sampaikan secara adil demi kebaikan bersama. Saya dah cuba sampaikan suara hati cikgu-cikgu kita yang mengeluh tentang tugas mereka, terutama sistem PBS ni...
Tapi mungkin la KSU Kementerian, Timbalan Menteri dan Menteri Pendidikan tak baca blog saya kot? Maklum la.. blog kampung yang takdak ranking pun... Ada kawan-kawan blogger yang sambut tegur KPM pun depa buat "derkkk" jer.. Depa mungkin malas nak layan blog picisan macam ni walaupun saya ikhlas menegur...
Sekarang isu ni dah diambil kesempatan "cikgu politik" yang bertanding PRK dulu.. Cikgu Mala. Dia dan form NGO kononnya nak perjuang nasib guru-guru kita. Dalam masa yang sama, dah tentu la diselitkan unsur politik dalam tu.. itu memang taktik standard Pakatan Haram...
Bila ada unsur politik dalam NGO tu, rasa-rasa Kerajaan nak layan sangat ke? Malah mungkin Kerajaan pandang negatif. Yang jadi mangsanya ialah guru-guru ni laaa. depa diperguna Cikgu Mala yang jual harapan palsu kat cikgu-cikgu kita ni... hadoiii...
So, Kementerian Pendidikan Malaysia hadap la Cikgu Mala dan cikgu-cikgu kita ni nanti. Kita tengok apa pulak sistem yang KPM nak tukar, baik pulih, kaji dan perkenal lepas ni.. atau nak kekalkan PBS tu...Lantak lahhh.. malas nak layan buat masa ni...
Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) bersedia untuk bersama-sama guru menyatakan bantahan terhadap isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 22 Febuari ini.Pengerusinya, Normala Sudirman juga menyeru seluruh warga guru dan pendidik agar tidak gentar untuk turun menyatakan suara bantahan demi masa depan mereka dan pelajar-pelajar.“Seru agar guru-guru semua berpakat-pakat turun ke himpunan itu nanti sebagai menzahirkan protes mereka dengan sistem yang banyak menyusahkan mereka,” katanya kepada Harakahdaily.Menurut Normala, isu beban tugas guru, kelemahan akses internet untuk masukkan data yang telah disuarakan sebelum ini tidak dipedulikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).“Pelbagai usaha dan bantahan yang dibuat, namun kerajaan seolah-olah tidak menghiraukan luahan hati guru. Dan inilah masanya untuk mereka meluahkan ketidapuasan hati mereka.Bahkan katanya, tiada gunanya dasar pendidikan negara dianggap terbaik dan bertaraf dunia sedangkan masyarakat dan warga pendidik ini sendiri tidak mengiktiraf dasar ini.Akibatnya, kata beliau pelajar pula dijadikan eksperimen untuk program-program dan dasar yang tidak konsisten dan bercelaru ini.Tegas Normala, apabila sistem pendidikan ini menjadi ‘cacamarba’ akhirnya telah memusnahkan nasib dan masa depan anak bangsa sendiri.“Jangan memperjudikan harapan dan generasi masa hadapan untuk suatu dasar yang merugikan masa depan negara.“Akhirnya ternyata KPM akan berdepan dengan amarah warga pendidik, masyarakat ,ibu bapa dan pelajar jika isu ini tidak ditangani secepat mungkin,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.Sementara itu, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 pada 22 Februari nanti di hadapan pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya. -MNH