Quantcast
Channel: THE DUKE'S BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

GEMPARRR..!!! BN TARIK DIRI PRK DUN KAJANG..???!!!

$
0
0
Hari ini, dengan tidak semena-mena Agensi Berita Nasional (Bernama) menghantar sebuah berita bertajuk Penganalisis: BN Tak Perlu Tanding PRK Kajang.

Bagi penulis, berita tersebut agak pelik kerana ia seolah-olah membawa persediaan Barisan Nasional (BN) untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ke dalam gear reverse (gear mengundur).

Kalau BN bersedia untuk berperang, sepatutnya ia memainkan gendang perang dan bukannya berbincang untuk mengelakan konflik.


Bila agensi berita rasmi kerajaan mengeluar bahan berita demikian, maka mahu atau tidak pastinya terlintas di fikiran apakah BN tidak akan bertanding dalam PRK Kajang?

Penulis bertanya kepada rakan yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri mengenai tanggapan penulis itu, beliau hanya memberitahu BN masih belum putuskan sebarang perkara yakni akan berperang atau sebaliknya.

Penulis gemar menggunakan perkataan berperang dari bertanding kerana PRK Kajang sebenarnya mempunyai implikasi politik yang sangat besar untuk BN dan Pakatan Rakyat serta Anwar.

Untuk menjatuhkan Anwar, perang harus dilancarkan… dan kemenangan BN bermakna detik penamat kepada kerjaya politik Anwar.

Pendedahan mengenai tabiat seks Anwar bukan jawapan untuk mencabut nyawa politik Anwar tetapi kekalahan dalam pertandingan face to face adalah jawapannya.

Namun, BN ternyata goyah untuk berdepan Anwar.

BN tidak mempunyai keyakinan diri… itu harus penulis sebutkan di sini.

Tapi… kenapa perlu begitu?

Anwar pun manusia biasa yang sifat kelebihan dan kelemahan.

Cuma sudah tiba masanya BN melihat Anwar sebagai cabaran politik yang harus dihormati dan diperangi dengan pendekatan …“Kita berdepan dengan seorang ahli politik yang handal… bukan sekadar seorang bekas banduan atau peliwat”.

Pengalaman seharusnya mematangkan BN untuk melihat Anwar dari sudut yang baru sebelum diperangi.

Berikan Anwar penghormatan yang sewajarnya sebelum beliau dibawa ke medan perang… then we will see a different kind of outcome.

Bagi penulis, BN perlu berperang… kalau BN tewas pun ia tidak akan mencalarkan imej BN kerana yang diperangi itu Anwar… Ketua Pembangkang….

Kalau lawan anak-anak Karpal Singh yang bodoh-bodoh tu semua dan hanya bergantung pada legasi bapa meraka dan tewas memanglah agak memalukan… namun kalau kalah pada Anwar takda apa kesan sangat pun… orang akan faham.

Apa pun… setakat detik 12.15 malam ini, penulis menulis hanya bersandarkan andaikan semata-mata.

Jawapan sama ada BN akan bertanding atau tidak akan hanya diketahui selepas sembahyang Jumaat esok apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media khas berhubung isu sama ada BN bertanding atau tidak.

Secara peribadi penulis berharap BN akan bertanding, namun jika ia tidak pun, sudah pasti ada pertimbangan yang jitu diberikan sebelum keputusan diambil.

Dari satu segi mungkin bagus jugak kerana mengelak diri daripada melayan permainan politik pentingkan diri Anwar. - Mynewshub.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

Trending Articles