Quantcast
Channel: THE DUKE'S BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

TAHNIAH MALAYSIAKINI...POPULAR..TAPI...

$
0
0
Sejujurnya saya ucapkan tahniah pada Steven Gan dan Malaysiakini yang dianugerah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 pada 27 Februari lalu.

Sebetulnya, memang mudah untuk popular seperti Malaysiakini. Untuk jadi popular seperti Malaysiakini, kita boleh serang kerajaan dengan pelbagai bentuk berita, jenis penulisan provokatif dan laporan-laporan terpilih yang di"spin" seligat mungkin...

Saya yakin, mana-mana portal sekali pun yang memiliki fund yang banyak, dan corak beritanya seperti Malaysiakini boleh cepat popular. Cuba baca portal tu... tengok tajuk pun dah tau "niat" dia, kan? 

Saya sebenarnya mengenali beberapa rakan wartawan dari Malaysiakini. Tak silap saya, sampai sekarang depa masih kerja di Malaysiakini. Kawan-kawan saya tu ada yang Melayu dan ada yang bukan Melayu...


Bezanya, penulisan kawan saya yang berbangsa Melayu beragama Islam agak berbeza berbanding dengan kawan saya yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam. Berita kawan saya yang berbangsa Melayu lebih adil. Kalau tak adil pun, mungkin tulisan depa dah di"edit" oleh editor Malaysiakini...

Bila saya tanya, kenapa tulisan berbeza dengan kawan bukan Melayu, depa kata.."diorang tu tak berapa faham bahasa Melayu, bila hantar story kat boss, selalu jugak la salah faham berlaku.. boss pulak bukan Melayu... maka tu yang tonggang langgang story tu"... lebih kurang gitu la kata member saya tu masa kami di Muktamar PAS dulu...

Pasal Zahid Hamidi...saya tak tahu siapa punya idea suruh dia beri hadiah. Memang naya! Heh! Padan la ramai yang sindir Menteri KDN tu... "masa pemilihan garang bukan main... tapi sekarang dah boleh gelak besar beri hadiah pada Malaysiakini"...heh! Saya no komen...judge sendiri la bro...

Kita pun sebenarnya boleh jadi macam Malaysiakini... cuba kutuk Kerajaan, fitnah kerajaan, sebar cerita bohong yang seakan-akan betul tentang Kerajaan...maka cepat la website kita popular... biasa la zaman sekarang ni... cerita fitnah, syubhah dan bohong lebih diminati dan dipercayai berbanding cerita yang benar... itu realiti...

Contoh, cerita Rosmah bunuh Altantuya... sampai sekarang masih ada yang percaya cerita Raja Petra kononnya Rosmah naik helikopter malam-malam, panjat bukit dan hutan kat Shah Alam dan letupkan Altantuya dengan bom... cerita gempak macam real.. tapi langsung tak masuk akal! Tapi orang percaya pulak tu..! Pelik, kan?

Sebab tu la jangan hairan dengan "kecemerlangan" Malaysiakini. Depa memang "cemerlang". Tapi "cemerlang" ikut acuan yang pada saya tidak berpaksikan pada Islam dan kebenaran yang adil. Banyak syubhah berbanding yang benar...itu pandangan saya secara adil...

Jadi jangan terkejut bila Malaysiakini menang anugerah. Kita tak jeles pun sebab kita menulis bukan kerana nama, hits, ranking atau "anugerah cemerlang". Saya menulis kerana ibadah, demi perjuangan dan kebenaran... terserah la nak terima pandangan saya atau tidak... kalau saya salah, saya berani mohon maaf secara terbuka...kan?

Penulisa blog tak sama dengan penulisan portal berita. Lebih berbeza dari penulisan akhbar mainstream.. bloggers pada saya bukan reporter, bloggers lebih pada luahan dan pandangan. Kerja reporting tu kita serah pada wartawan...kan? 

Sekali lagi saya ucap tahniah pada Malaysiakini. Sama ada suka atau tidak, memang Malaysiakini menang anugerah baru-baru ni. Cuma sama ada anugerah tu diberikan atas penulisan beretika atau tidak, saya kira ia satu perkara yang memalukan sekiranya Steven Gan terima anugerah tu.. 

Kenapa "memalukan"? Tepuk dada, tanya selera kenapa saya berpandangan begitu...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

Trending Articles