Setahu saya, lepas Tun Daim Zainuddin bersara dari dunia politik, beliau jarang-jarang sekali campur tangan atau komen bab politik. Maklumlah...dah bersara, kan? Cuma sekali sekala saja beliau cakap pasal politik, contohnya pada 2008 beliau beri amaran BN akan kalah di Kedah.. memang jadi betul!
Pada saya, Tun Daim memang "pendiam" orangnya. Tak banyak cakap...
Tapi baru-baru ni Anwar tuduh Tun Daim sebagai individu paling korup dalam Malaysia. Cuba tengok kat bawah ni.. tiba-tiba saja Anwar serang Tun Daim? Apahal? Anwar lawan Tun Daim kat Kajang ke? Sejak bila pulak BN nak calonkan Tun Daim kat situ?
Anwar kata Tun Daim paling korup di Malaysia. Kalau betul Anwar ikhlas nak tuduh begitu, kenapa dia tak kata kat Tun Daim masa dia take over jawatan Menteri Kewangan dari Tun Daim dulu?
Anwar kata dia tak mahu gaduh dengan Tun Daim time tu? Habis tu sekarang ni bukan Anwar dah cari gaduh dengan Tun Daim?
Alasan apa yang Anwar nak kata Tun Daim tu paling korup dalam Malaysia? Anwar ada bukti sahih? Ada bukti kukuh? Kenapa tak dakwa Tun Daim? Dulu semua dokumen ada pada Anwar, kenapa dia tak dakwa Tun Daim?
Dan sekarang Anwar tuduh Tun Daim terang-terangan. Saya yakin, Anwar tak punya bukti kukuh. Malah saya yakin, tuduhan Anwar tu sekadar nak sedapkan cerita ceramah dia. Menipu tu dah jadi makanan Anwar...itu kata bekas-bekas kawan baik Anwar yang ke hulu ke hilir dengan Anwar dulu...
Anwar kata satu sen pun dia tak ambik saham bumiputera? Ye ke? Mungkin betul la.. tapi Anwar tak cerita ke pasal saham-saham yang dia beri pada kroni-kroninya? Azmin, Shamsidar "tersayang", adik beradik Anwar pulak macamana? Arwah Pak Berahim?
Macamana pulak dengan RM3 bilion yang dikatakan bekas pegawai kanan Bank Negara tu? Alaaa.. dakwaan yang Anwar bawak lari keluar tu camana pulak? Anwar taknak cerita dan jelaskan pada pengundi Kajang ke? Anwar lupa pada "pink form" dan cara dia gulingkan arwah Tun Ghafar Baba?
Biasalah Anwar ni.. yang dia cerita hanyalah tentang keburukan orang lain yang belum tentu betul atau tidak. Kononnya dialah "hero", dialah yang paling "suci" dan paling "best in the world"! Tapi pasal keburukan diri sendiri dia tak cerita sikit punnnn....kan? Itu la standard Anwar...
P/s: Naya je Tun Daim kena tuduh...kalau saya jadi Tun Daim...memang on the spot panggil lawyer saman Anwar...heh! Tak boleh kasi chance kat orang macam Anwar ni...kan?