Quantcast
Channel: THE DUKE'S BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

#MH370: MISTERI PASSPORT LELAKI ITALI MIRIP MARIO BALOTELLI..???!

$
0
0
Saya tak pasti la sama ada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam ni cukup tidur ke tidak. Tapi tolonglah jangan buat sidang media kalau tak cukup tidur atau terlalu mengantuk. Kalau silap fakta, siapa yang malu?

Baru-baru ni Datuk Azharudin kata "kedua-dua lelaki" yang gunakan passport palsu tu memiliki wajah mirip Mario Balotelli, seorang pemain bola sepak Itali...

Biar betul??? Jom kita bincang sikit... 


Saya nak tanya betul-betul, Ketua Pengarah DCA ni kenal atau tidak dengan Mario Balotelli ni? Dan tahu tak Ketua Pengarah DCA ni bahawa difahamkan lelaki Itali yang passportnya dicuri tu Mat Salleh yang berkulit cerah..!


Mario Balotelli ni mamat black! Dan kontra sangat tu dengan kenyataan Ketua Pengarah DCA ni... hadoi laaaa...


Maafkan saya kalau saya silap di mana-mana. Tapi setahu saya memang susah nak buat passport palsu sekarang ni sebab gambar kita akan diprint terus di helaian passport tu dan kemudian di seal dengan plastik khas... kita tak pakai gambar tempel macam zaman dulu dahhhh...

Jadi, agak susah la jugak nak buat passport palsu tu melainkan pihak yang buat tu benar-benar "pakar" atau tidak mustahil jugak ada "orang dalam" yang tolong buat passport tu, kan? 

Maksud saya, kalau tak tukar gambar dalam passport tu, ia akan tetap ada gambar orang putih tu. Dan bila Mat Black yang pakai passport tu, dah tentu la senang sangat kantoi..kan? Heh! Ingat penipu tu sebodoh tu? Atau takkan pegawai imigresen kita "buta" teruk sangat kot?


Jadi, saya mintak Ketua Pengarah DCA tu check balik kenyataannya. Kalau silap, tolong betulkan. Kalau mengantuk, balik rumah tidur lebih baik. Kalau rasa tertekan, rehat la secukupnya... asalkan jangan silap beri kenyataan media sudah la... apatah lagi tentang MH370, kan? Heh!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1105

Trending Articles