Siapa kata media asing ni adil dan hebat sangat dalam penulisan berita dan penyampaian maklumat? Bila berlaku sesuatu yang menarik perhatian dunia, maka sebok la depa buat spekulasi awal, sedangkan ia tidaklah sebagaimana yang depa tulis...
Bila dengar saja Kerajaan Republik China nak hantar pasukan pegawai mereka ke Malaysia untuk insiden MH370, maka cepat-cepat depa buat spekulasi kononnya Kerajaan China nak ambil alih siasatan kes MH370 dari Kerajaan Malaysia...
Tak cukup dengan itu, khabarnya pihak media di China heboh memperkatakan kononnya Kerajaan Malaysia tak cekap menguruskan insiden kehilangan MH370 tu... heh! Biar betul bebbb..!!!
Jom kita cerita sikit...
Apa ke buruk benar cara puak media asing ni berfikir? Orang tengah bertungkus lumus tak tidur, tak sempat mandi, tak sempat makan, depa sedap-sedap je cakap Kerajaan China nak take over siasatan kes MH370...fakta dari mana depa dapat?
Sebetulnya, Kerajaan China hanya hantar 10 pegawai kerajaan depa untuk membantu siasatan, bukan mengetuai siasatan. Berbeza benar fakta di antara "bantu siasatan" dan "ketuai siasatan", kan? Rasanya budak sekolah rendah pun tahu bezakan antara "ketua darjah" dengan "membantu ketua darjah", kan?
Pada saya, isu Kerajaan China menghantar 10 pegawainya tu adalah prosedur standard. Mana-mana negara pun akan buat begitu sekiranya berada dalam keadaan Kerajaan dari negara Tembok Besar tu...
Misalnya, kalau 150 warganegara Malaysia dan 40 warganegara US dalam pesawat Singapore Airlines yang hilang sekali pun, dah tentu la Malaysia dan US akan hantar wakil masing-masing membantu siasatan, kan? Itu normal...
Sila rujuk kes Kerajaan Malaysia hantar wakil ke Mesir untuk bawak pulang para pelajar kita masa negara tu dalam keadaan huru hara... ada ke orang kata Malaysia nak ketuai misi selesaikan masalah di Mesir? Agak-agak la sikit... media asing ni memang tak boleh pakai jugak kadang-kadang...
Media China kata Kerajaan Malaysia tak cekap uruskan insiden MH370? Heh! Dari mana depa dapat fakta ni? Lim Kit Siang? Lim Guan Eng? Tony Pua atau Teresa Kok? Selalunya puak-puak ni yang selalu burukkan imej negara di mata media asing...
Memang dah 3 hari kita tak dapat khabar berita pasal MH370 yang hilang tu. Habis tu media China fikir Kerajaan Malaysia "goyang kaki sambil baca paper"? Weiii..! Kerajaan Malaysia dah kerah hampir semua kekuatan dari pelbagai Kementerian, agensi dan ramai pihak untuk siasat kes ni..!
Malah negara-negara termoden macam US dan Singapore pun ada hantar pasukan dan fleet untuk bantu siasatan di perairan Vietnam dan kawasan terbabit dalam route MH370 tu... ingat diorang cari pakai "typewriter" cabuk ke? Diorang pakai peralatan canggih terkini laaa...!
Dulu masa Air France terhempas, bangkai pesawat tu ditemui selepas 6 hari. Itupun sebab pesawat tu betul-betul terhempas. Malah kes tu hanya selesai selepas 2 tahun dari tarikh kehilangan pesawat dari Peranchis tu... Ingat senang nak cari pesawat yang hilang secara tiba-tiba?
Kita pihak media ni kena la adil bila buat laporan. Tak payah la suka create persepsi buruk sangat terutama berdepan dengan insiden yang mengundang kesedihan dari seluruh dunia ni...
Kalau media tu tak laku sangat pun, tak payah la tarik perhatian dengan publisiti murahan macam ni.. buruk sangat perangai macam tu... beretika la sikit...kan?